Pelakon Izreen Azminda mendakwa bekas madunya, Intan Saleh meroyan dan berhalusinasi kerana mendakwanya melakukan provokasi terhadapnya.
Menerusi Instagram, aktres tersebut melepaskan kemarahan dan turut menampilkan bukti bahawa Intan yang sebaliknya membuat provokasi.
Selain berkata kes mahkamah di antara mereka berlarutan disebabkan Intan tidak memberikan kerjasama penuh, Izreen turut berkata wanita itu sering menagih simpati orang ramai.
- BACA: Intan Saleh Penat Kena Saman Gara-gara Posting Luah Perasaan, Akui Tiada Kemampuan Bayar Peguam
Bukan itu sahaja, lebih mengejutkan apabila pelakon berusia 38 tahun tersebut turut mendedahkan bahawa biras Intan pernah membuka cerita tentang pempengaruh berkenaan.
Biras yang dikatakan toksik itu akan berbaik dengan Izreen jika dia berbalah dengan pihak di sana dan pernah bercerita kepada aktres tersebut bahawa Intan mempunyai hubungan dengan suami orang lain.
Malah, biras toksik itu juga didakwa berulang kali berkata kepada Izreen bahawa ibu Ude berdoa agar anaknya berkahwin dengan orang lain kerana meluat dengan perangai Intan.
“Kerana mulut biras macam ni jugalah aku boleh tahu kau pernah menyondol suami orang masa kes aku tengah panas lagi,” dedahnya lagi. – ALE-ALE