Malam tadi telah menyaksikan jejaka kembar, Aiman Ameer dinobat selaku juara Hero Remaja 2023 yang berlangsung di
Mempunyai ketinggian cuma 170 sentimeter (cm), rekod itu sekali gus menjadikan pemuda berkenaan sebagai pemenang paling rendah pernah menjuarai program pencarian bakat anjuran Majalah Remaja tersebut.
Justeru, wujud tanggapan dari kalangan warganet yang mengandaikan Aiman bakal menempuhi jalan sukar untuk melangkah ke bidang seni disebabkan faktor fizikalnya itu.
“Persepsi begini dah banyak kali saya hadap. Sejujurnya kalau suatu ketika dahulu mungkin saya akan terasa bila lihat orang lain lebih tinggi.
“Tetapi bila fikir balik, ada sahaja pelakon terkenal seperti Tom Cruise, Jackie Chan dan ramai lagi yang kurang ketinggian berjaya ‘made it to international’ hingga ke tahap Holllywood.
“Saya percaya dan yakin tiada yang mustahil. Ramai sahaja pelakon yang tidak begitu tinggi. Lagipun saya tidaklah rendah sangat dan tidaklah tinggi sangat, tinggi saya 170cm,” katanya penuh yakin.
Dalam pada itu, Aiman yang merupakan kembar seiras kepada pasangannya, Aiman Ammar akui, ketinggianya sering dijadikan bahan ejekan.
“Pernah jadi bahan kawan-kawan, tapi saya tidak pernah ambil hati atau terasa. Saya anggap semua ada kelebihan sendiri, mungkin orang persendakan saya sebab mereka dengki atau cemburu.
“Saya selalu pegang, bila orang bagi kita sampah, kita jangan ambil sampah itu, kita balas cakap ‘terima kasih’.
“Ejekkan itu tidak halang untuk saya mencapai cita-cita yang diimpikan,” ulas pemilik nama penuh Che Aiman Ameer Che Kamarudin itu.
Terdahulu, Ameer dinobatkan sebagai Hero Remaja 2023 sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 beserta selempang. Manakala Dewi Remaja 2023 dimenangi oleh gadis kelahiran Sarawak iaitu Nurel. – ALE-ALE