Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM hari ini berkongsikan kejayaan diraih anak lelakinya, Mohd Faris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Menerusi perkongsian di akaun media sosialnya, Kak KM dilihat mengalirkan air matanya tatkala menerima khabar gembira apabila Faris berjaya memperoleh keputusan 6A.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah, syukur. Dia memang anak yang bijak. Tak sangka dia berjaya dapat 6A. Saya lega sangat walaupun tak dapat semua A, tetapi itu pun dah cukup bagi saya,” katanya.
Sementara itu, Kak KM berkata anaknya itu belajar bersungguh-sungguh dan mereka sekeluarga juga turut melakukan solat hajat bagi mendoakan anak keduanya itu.
“Faris memang betul-betul belajar setiap hari, sampai tak tidur malam. Kami pun buat solat hajat hari-hari untuk dia. Dia satu-satunya anak lelaki saya. Saya pun selalu cakap, dia adalah harapan saya, itulah yang buat dia tertekan,” katanya.
Atas kejayaan yang diraihnya itu, Kak KM menerusi video berasingan meraikan kecemerlangan Faris dengan memberikan hadiah yang sangat berharga.
Berdasarkan video dimuatnaiknya, Faris menerima hadiah berupa sebuah kereta Mercedes Benz dan juga cek wang tunai berjumlah RM10,000. – ALE-ALE