Perkongsian Abby Abadi mengenai kes membabitkan anaknya, Marissa Dania Hakim secara terbuka di media sosial, termasuk ditemu bual dalam siaran podcast telah mendapat teguran daripada bekas suaminya iaitu Norman Hakim.
Menerusi hantaran panjang lebar yang dimuat naik Abby dalam Instagram miliknya, pelakon berusia 46 tahun itu meluahkan rasa menyesal berkongsi kontroversi kahwin lari membabitkan Marissa secara terbuka apabila penjelasannya itu telah diputar belit banyak pihak.
Luahan Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan dalam Instagram miliknya telah mendapat perhatian Norman apabila meminta bekas isterinya bertenang dan berhenti daripada menulis apa-apa tentang Marissa.
“Istighfar. Bawa bertenang. Lagi banyak menulis, lagi banyak salah faham nanti. Tak pernah sesaat saya lepas tangan.
“Sudah, habis sini nanti iftar (berbuka) sama-sama. Sambung sembang masa iftar. Tak perlu semua benda nak kongsi seantero Malaya,” tegur Norman.
Enggan berdiam diri, Abby kemudiannya membalas semula teguran lelaki itu apabila mengakui sangat kecewa dengannya.
Malah, dengan lantang Abby mendakwa sudah penat kerana terlalu memendam perasaan terhadap bekas suaminya itu.
“Isu ini besar. Selagi tak selesai, selagi itu orang akan bercerita. Antara kita, memang ini yang berlaku pun. Ada lagi yang saya tidak tulis. Awak memang sangat mengecewakan!
“Saya penat lama menyimpan. Kasihan anak-anak saya, dari kecil awak buat sesuka hati awak sahaja. Sekarang anak-anak dah besar.
“Jadi tak perlu berbaik pun tak mengapa. Tak ada beza. Selesaikan apa yang patut dan yang tertangguh sekian lama. Kalau tak sedia, menjawab depan Allah SWT nanti,” tegas Abby.
Dalam ruangan komen, ramai bersimpati dengan apa yang dilalui Abby. Rata-rata netizen seakan faham apa yang ditanggungnya sebagai seorang ibu.
Malah, ada juga dalam kalangan netizen bersetuju dengan mendakwa Norman seakan lepas tangan terhadap apa yang terjadi ke atas Marissa sehingga remaja itu berani bertindak sedemikian.
#ALEALE: Abby Abadi luah rasa kesal, dakwa Norman Hakim biarkan Marissa selesaikan konflik sendiri.
Layari https://t.co/4JhBcjNBUn untuk artikel penuh.#alealedr #news #viral #trending #fyp #video #foryoupage #abbyabadi #normanhakim #marissadania #family pic.twitter.com/MS5gnNfIkE
— ALE-ALE (@ale_aleDR) March 18, 2024
“Bukan hendak menyibuk. Tapi Abby seorang wanita. Dalam media sosial sekarang, Abby yang kena serang dengan netizen.
“Cubalah sedetik bayangkan macam mana retaknya hati dia sebagai ibu? Hanya kerana dia ibu, dia wanita, ramai yang hanya ‘nampak’ dia. Semoga semuanya baik-baik sahaja,” ujar seorang netizen.
“Senanglah cakap, yang kena serang Abby, bukannya kau,” kata seorang pengguna Instagram.
“Tak kasihan ke pada Abby? Tolonglah duduk berbincang sebagai seorang ayah dan juga wali. Tak perlu libatkan orang lain. Hanya bertiga dengan anak (Marissa),” kata seorang lagi netizen. – ALE-ALE
Sumber: KOSMO!