Seisi keluarga berjumlah empat orang ditemui maut selepas mereka nekad terjun dari tingkat 22 sebuah pangsapuri terletak di Penjaringan, Jakarta, Indonesia.
Dalam kejadian pada Sabtu lalu, identiti kesemua mangsa telah dikenal pasti iaitu si bapa yang berumur 51 tahun; ibu (50), anak lelaki (15) dan anak perempuan (13).
Memetik kenyataan polis, melihat rakaman CCTV di pangsapuri berkenaan, kelihatan si bapa sempat mengucup dahi isteri serta kedua-dua anaknya sebelum berlakunya insiden tragis tersebut.
“Ketika memasuki lif, lelaki terbabit mencium dahi ketiga-tiga ahli keluarganya sebelum meminta dan mengumpulkan kesemua telefon bimbit milik mereka.
#ALEALE: Seisi keluarga seramai empat orang ditemui maut selepas dipercayai nekad terjun dari tingkat 22 sebuah pangsapuri Jakarta.
Baca artikel penuh di https://t.co/4JhBcjN44P.#alealedr #news #viral #trending #fyp #video #foryoupage #family #jakarta #indonesia pic.twitter.com/eLLH2pUrHF
— ALE-ALE (@ale_aleDR) March 11, 2024
“Selepas memasukkan peranti-peranti itu ke dalam sebuah beg, barulah keluarga terbabit naik menuju ke tingkat atas,” jelas Ketua Polis Daerah Penjaringan, Pesuruhjaya Agus Ady Wijaya.
Agus menambah, pihaknya menerima panggilan daripada pengawal keselamatan bertugas yang menemui keempat-empat mayat mangsa di pekarangan lobi bangunan setelah terdengar bunyi dentuman kuat. – ALE-ALE
Sumber: TRIBUN NEWS