Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas penyanyi, Aliff Aziz dan pasangannya yang juga seorang pelakon wanita enggan membuka pintu unit sebuah kondominium mewah, di ibu negara, awal pagi tadi.
- BACA: [V] Pasangan Pelakon Sedang Jalani Penggambaran Dicekup Berkhalwat Di Kondominium Milik Artis Wanita
Difahamkan, Aliff akhirnya akur selepas bomba menegaskan akan mengambil tindakan drastik dengan memecahkan pintu jika mereka enggan berikan kerjasama selepas hampir tiga jam pasukan penguat kuasa Jawi berada di hadapan rumah milik aktres terbabit.
Dalam operasi yang bermula kira-kira jam 10.30 malam tadi itu, pasukan penguat kuasa Jawi tiba di lokasi tersebut dengan menaiki dua van.
@alealedr.com #ALEALE: Drama bersiri #Terjerat yang dijadualkan untuk siaran di platform #IqiyiMalaysia tidak lama lagi buat julung kalinya menggandingkan hero pujaan Malaya, #AliffAziz bersama pasangannya #Ruhainies yang juga rakan baik #BellaAstillah. #alealedr #news #artismalaysia #star #artist #celebrity #icon #idol #top #global #local #fyp #viral #trending #popular #fypシ #currentaffairs #drama #sensation #action #live #glamour ♬ original sound – ALE-ALE
Pasangan itu kemudian dibawa ke pejabat Jawi dengan menaiki sebuah kenderaan lain untuk proses selanjutnya.
Terdahulu, adik kepada pelakon Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan abang iparnya, Aliff adalah individu yang dicekup berkhalwat dengan seorang pelakon wanita. – ALE-ALE
Sumber: HARIAN METRO