Seorang remaja perempuan membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, Kuala Lumpur setelah mendakwa dirinya dicabul oleh bapa kandung sendiri.
Berdasarkan laporan yang dimuat naik di satu akaun TikTok, kejadian tersebut berlaku pada 17 November 2023, semasa dia berada di tempat kerja lelaki terbabit.
Dakwanya, bapa mangsa terdahulu memanggilnya masuk ke bilik dan menunjukkan video tidak senonoh kepadanya.
Justeru, suspek memaksanya membuka pakaian, tetapi keengganan mangsa berbuat demikian menyebabkan lelaki itu bertindak agresif dengan menarik rambut anaknya supaya menuruti perintah.
Mangsa turut mendedahkan bapa telah meramas dadanya, selain mencium dan menjilat lehernya sebelum perbuatan lelaki itu terhenti sebaik terdengar pintu bilik diketuk rakan sekerja.
Takut dan trauma dengan kejadian dialaminya, mangsa terus membuat laporan polis pada keesokan hari untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.
Bagaimanapun menerusi tinjauan di TikTok mangsa, kes itu telah ditutup dan bapanya telah dibebaskan sementelah gadis terbabit menarik semula laporannya.
Difahamkan, remaja berkenaan enggan dihantar ke pusat perlindungan kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seandainya dia mahu meneruskan kes tersebut. – ALE-ALE