Pelakon sensasi, Puteri Sarah tampil mempertahankan diri setelah dirinya dikecam kerana satu video memaparkan dia sedang menangis di sisi pelakon Indonesia, Andi Arsyil di TikTok.
Ditemui media, Sarah berkata dia masih waras dan tahu menjaga batas, lebih-lebih lagi melibatkan lelaki bukan mahram.
‘Saya tahu ramai yang ingin mencari silap saya. Ada saja yang tak kena di mata mereka.
“Janganlah asyik nak cari salah saja. Boleh fikir secara logik, takkanlah saya nak letakkan kepala di bahu lelaki yang bukan mahram, apatah lagi masa live,” hujahnya.
Menurut ibu kepada dua anak itu, dia hanya berpaling ke arah Andi, bukannya meletakkan kepala di bahu lelaki berkenaan.
Justeru, ramai meninggalkan komen berbaur negatif sewaktu siaran langsung bersama aktor kacak terbabit.
Sebelum ini, Sarah dilihat tidak dapat mengawal emosinya lalu menangis gara-gara dilabel janda, namun dipujuk Andi yang berada di sisinya pada ketika itu.
“Apabila saya bercerita dia selalu nasihatkan saya supaya jangan ambil peduli dan tidak menyimpan dendam dengan mereka.
View this post on Instagram
“Malah dia selalu minta saya memaafkan pihak-pihak yang pernah menyakiti saya supaya hati saya lebih tenang dan positif.
Pujuk Andi, Sarah perlu memaafkan mereka yang menghinanya selain tidak perlu murung dan tertekan dengan fitnah orang luar. – ALE-ALE