Pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi kembali menjadi topik perbincangan hangat pada saat ini setelah khabar pernikahannya tular di media sosial.
Masakan tidak, wanita dipilih Hafidz sebagai isteri adalah individu yang didakwa punca keruntuhan rumah tangganya bersama bekas isteri, Shuhada Shukri.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi menjelang tarikh pernikahan tersebut, Hafidz akhirnya membuka mulut mengulas tentang gosip yang bertebaran.
Terdahulu, berdasarkan kad undangan yang tular di media sosial, duda berusia 29 tahun itu dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan di Selangor pada 16 Disember ini.
Turut tertera di dalam undangan itu ialah nama lengkap Hafidz dan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada bersama tarikh, masa serta lokasi perkahwinan mereka berdua yang dijadualkan pada belah malam. – ALE-ALE