Tular baru-baru ini mengenai satu akaun yang mendakwa mewakili satu syarikat produksi yang kini sedang giat mencari pelakon bagi tujuan merakam filem bercirikan tontotan dewasa (pornografi).
Menurut sumber, orang ramai yang didekati pihak studio tersebut tampil berkongsi pengalaman mereka dan mendedahkan ada menerima beberapa mesej peribadi di Instagram daripada individu terbabit.
Difahamkan, individu itu mencuba untuk menawarkan posisi sebagai pelakon filem dewasa dan turut menjanjikan bayaran sebanyak RM500 bagi setiap satu sesi penggambaran.
Antara syarat yang dikenakan adalah tiada aksi seks terlibat, rakaman berlangsung selama 3 hingga 5 jam dalam masa satu hari dan pelakon perlu berbogel sepanjang rakaman.
Menerusi perbualan antara individu berkenaan dengan seorang wanita, studio penggambaran dilaporkan beroperasi di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.
Malah, individu itu mendakwa pihak mereka hanya melihat kepada profil wanita yang dirasakan cantik dan akan bertanyakan sama ada mereka berminat atau tidak. – ALE-ALE
1 thought on “Produksi Filem Porno Dilaporkan Giat Cari Pelakon Lucah Tempatan – “RM500 Bagi Setiap Adegan Seks””