Pemilik vokal lantang, Azharina Azhar tegaskan tidak akan beri muka kepada individu yang cuba merosakkan reputasinya ekoran penyebaran klip video nyanyiannya menyampaikan lagu La Bamba di pekarangan pusat beli-belah Sogo.
Tambahnya, tindakan undang-undang juga sedang dipertimbangkan, seandainya individu terbabit masih lagi melakukan perlakuan sama (mencalar imej).
Menurut Azharina, pihaknya juga telah berbincang dengan peguam yang telah dilantik sekitar minggu lalu mengenai isu ini.
@alealedr_portal Tak sekarang ni, apa tujuan tularkan video ni? Lainlah kalau Nina dapat no. 1! #alealedr #news #artismalaysia #star #artist #celebrity #hit #icon #idol #top #global #local #fyp #viral #trending #media #azharina #asgv #gv10 #allstars #gegarvaganza ♬ original sound – ALE-ALE
Azharina berkata demikian semasa ditemui selepas tamatnya siaran langsung konsert separuh akhir All Stars Gegar Vaganza (GV10) pada Ahad.
Mengulas dakwaan menipu kerana menafikan kenyataan Datuk Ramli MS yang menganggarkannya pernah mempersembahkan lagu La Bamba, Azharina sekali lagi menekankan, dia tiada niat berbohong.
Ini kerana jelas Azharina, pengalaman menyanyi bersama busker seperti dilihat dalam video tular terbabit telah berlaku lama dahulu, kira-kira tujuh tahun lepas. – ALE-ALE