Penyanyi, Aliff Aziz mendedahkan dia berdepan dengan masalah kesihatan sejak tiga minggu lalu, namun enggan menjadikannya alasan untuk mempamerkan persembahan buruk.
Menurut Aliff, biarpun tekaknya ada keradangan, tetapi dia menganggap tidak punyai rezeki untuk mara ke peringkat seterusnya dalam saingan All Stars Gegar Vaganza.
“Doktor sahkan saya mengalami Rhinosinusitis iaitu lendir yang beri kesan kepada peti suara sehingga cetuskan keradangan.
Aliff berkata demikian ketika ditemui selepas tamat konsert suku akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.
Ditanya sama ada kecewa dirinya gagal melangkah ke separuh akhir ASGV, Aliff akui reda dengan keputusan tersebut.
“Tidak ada peserta yang nak buat silap dalam persembahan mereka pun, setiap orang mempunyai sasaran untuk ke pentas final begitu juga saya.
“Apapun, saya percaya penyingkiran ini mempunyai hikmah dan sentiasa yakin dengan rezeki Allah SWT.
Sebelum itu ketua juri, Datuk Ramli MS memberitahu, ada sesuatu yang tidak kena dengan Aliff memandangkan nyanyiannya sewaktu sesi latihan lebih baik berbanding hari siaran langsung. – ALE-ALE