Sebelum ini, tular isu seorang wanita mendakwa pelakon muda, Aniq Suhair telah menghamilkannya, namun menarik balik kenyataannya tidak beberapa lama selepas dakwaan itu dibuat.
Wanita terbabit yang dikenali sebagai Aifa Nabila tampil membuat permohonan maaf dan berkata, dia tidak berniat untuk menjatuhkan reputasi pelakon tersebut.
Pun begitu, wanita tersebut kembali mendedahkan sisi hitam Aniq yang seolah-olah cuba melarikan diri dan enggan bertanggungjawab.
Dalam beberapa hantaran video di akaun TikTok @aifanbila1, dia menempelak kembali sikap Aniq yang dikatakan acuh tak acuh.
Bukan itu sahaja, wanita itu mengakui dia telah dimanipulasi oleh Aniq dan disuruh untuk membersihkan nama baik.
Dia berkata, gambar tersebut adalah bukti mereka berjumpa di balai polis bersama peguam Aniq.
Dalam video yang lain, wanita itu menjelaskan, Aniq masih lagi menuduhnya membuat fitnah sedangkan kenyataan Aniq di Instagram telah pun dipadam.
“Mana surat saman sebab aku fitnah? Memang tak ada pun disebabkan janji-janji kosong dia pada awal,” dedahnya.
Lebih mengejutkan, satu tangkap layar perbualan wanita itu dengan Aniq memaparkan pelakon tersebut seolah-olah mahu mengelak daripada bertanggungjawab.
Bagi mendapatkan pengesahan bapa kepada kandungan itu, wanita tersebut ada meminta Aniq wang untuk melakukan ujian DNA, namun Aniq sekeras-kerasnya menolak untuk berbuat demikian.
Wanita itu berkata, pelakon tersebut juga kononnya mahu bertanggungjawab selepas pulang dari Mekah, akan tetapi sampai sekarang masalah tersebut masih belum selesai, bahkan dia dihalau ketika pergi ke rumah Aniq. – ALE-ALE