Aktres dan usahawan, Mawar Rashid mengesahkan telah berpisah dengan suaminya, Raf Yaakob.
Maklumnya, dia berpisah dengan Raf kerana tidak lagi wujud persefahaman antara mereka sebagai pasangan suami isteri.
“Kami berdua telah bersetuju dengan perpisahan ini yang dibuat atas dasar tiada persefahaman. Raf dan saya masih lagi berhubungan baik dan akan sentiasa begitu.
“Fokus utama kami sekarang adalah untuk memberikan segala sokongan kepada anak-anak kami dan menyediakan semua keperluan.
“Kejayaan bersama-sama untuk menjaga anak (co-parenting) adalah penting dan merupakan sesuatu yang akan kami usahakan Insya-Allah,” jelasnya.
Dalam pada itu, Mawar juga berharap tiada lagi spekulasi atau komen negatif berkenaan perkahwinan mereka selepas ini.
“Kepada rakan-rakan media, terimalah pemberitahuan ini sebagai satu-satunya kenyataan daripada kami berdua. Kami harap anda semua dapat menghormatinya.
“Kepada followers, kami berharap anda semua dapat mendoakan yang baik untuk kami berdua. Kami hargainya.
“Kami berdua benar-benar kesal untuk berkongsi berita ini dengan anda semua. Namun, ini adalah yang terbaik untuk kami.
“Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami dan juga kata-kata baik anda. Ia benar-benar bermakna kepada kami,” tulisnya.
Terdahulu, pada 10 Oktober lalu Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, mengejutkan banyak pihak apabila berkongsi foto tidak lagi berhijab. – ALE-ALE