Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Kajang, Selangor yang menampar rakan sekelasnya setelah mendakwa diaibkan di media sosial telah hadir ke rumah keluarga mangsa pada malam semalam untuk meminta maaf.
Pelajar tingkatan lima terbabit menjelaskan, dia naik angin dengan rakannya itu kerana tanpa izin memasukkan gambarnya ke laman sosial sedangkan mereka tidak berkawan rapat.
“Saya memang ada masuk kelas dan bengkel dengan dia, tapi tak pernah pun bertegur sapa. Lagipun, saya tak pernah cari fasal dengan dia.
@alealedr.com Alhamdulillah kalau sedar dan perbetulkan kesilapan. #alealedr #aleale #current #news #hit #artismalaysia #artis #celebrity #top #star #icon #idol #luv #no1 #1st #fyp #ok #viral #global #local #video #trending #popular #personality ♬ original sound – ALE-ALE
“Saya akui kesilapan saya kerana melampaui batas. Saya minta maaf sebab tadi (semalam) tidak dapat mengawal emosi. Ini kali pertama saya berkelakuan begini, tak pernah pun terlibat dalam apa-apa masalah,” ceritanya mendedahkan hal sebenar.
Pada masa sama, pelaku turut membuat laporan polis sebagai langkah perlindungan diri.
Ketua Polis Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian pada 20 Oktober lalu itu, pengadu mendakwa melihat gambarnya disebarkan di dalam akaun TikTok rakan sekelasnya.
“Pelajar tersebut kemudian bertemu dengan rakannya dan bertindak menampar sebanyak lima kali sambil bertanya mengapa gambarnya ada di dalam telefon milik rakannya.
“Sebaliknya rakannya berkata gambar tersebut diambil sendiri oleh suspek menggunakan telefon milik rakan. Akibat sangat marah pelajar tersebut menampar muka rakannya itu yang dikatakan telah menjatuhkan maruahnya,” katanya dalam kenyataan hari ini. – ALEALE.DR
Sumber: MALAYSIA TRIBUNE