Bekas isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Chot iaitu Siti Zafirul Azzah atau Jaja akui mereka telah pun bercerai.
Menurut Jaja, perasaannya kini lebih tenang setelah dia memaafkan sahaja perbuatan pelawak terbabit selama mereka bersama.
Jaja, 34, menambah, lazimnya sengketa antara pasangan yang bercerai akan merumitkan keadaan dan memberi kesan kepada anak hasil perkahwinan mereka.
“Hubungan dengan bekas suami, setakat ini okay sahaja. Bagi saya, untuk apa kita nak terus bertelingkah dan bersengketa sebab yang paling utama adalah, anak.
“Kalau berterusan bersengketa, sampai bila baru kita nak berbaik. Jadi, bila kita dah berbaik, saya rasa lebih tenang berbanding sebelum ini.
“Sekarang, bila dah teruskan kehidupan dengan tenang, saya tak rasa ada beban lagi di bahu saya dan kalau nak buat apa-apa pun, semuanya lebih tenang dan mudah,” ujarnya.
Ditanya mengenai situasi anak mereka, Ahmed Sher Hayyaz, Jaja memberitahu, dia dan Chot membahagikan masa sama rata kepada anak mereka itu.
“Hak penjagaan anak kami okay sahaja dan masa dibahagikan sama rata. Sebulan, anak bersama saya dan sebulan, anak akan bersama bekas suami,” katanya. – ALEALE.DR
Sumber: HARIAN METRO