CYBERJAYA – Adik kepada penyanyi terkenal Shila Amzah iaitu Syafiq mendedahkan kakaknya telah mengasari ibu mereka, Fauziah Sarman sehingga membuatkan wanita itu tergores hati.
Malah Syafiq mengatakan, Shila turut bercakap kasar dengan Fauziah ketika wanita berkenaan cuba berbincang dengan anak sulungnya itu.
“Selasa hari tu ada orang pagi-pagi nak datang rumah, Shila telefon mak maklumkan ada orang datang nak buat penilaian rumah. Orang tu sampai depan rumah baru dia nak beritahu.
“Mak minta tangguhkan sekejap dalam satu ke dua jam sebab nak kemas rumah dulu malulah orang datang rumah kotor,” demikian kata Syafiq menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.
Dalam hantaran tersebut, Syafiq mendakwa mereka dimaklumkan mengenai individu yang akan datang untuk menilai banglo berkenaan di saat akhir.
Bagaimanapun, kata adik lelaki Shila lagi, ibu mereka iaitu Fauziah meminta untuk diberikan masa untuk membersihkan rumah yang bersepah memandangkan mereka membela 40 ekor kucing.
“Dia cakap orang tu (penilai) ada kerja, mereka bukan tiada pekerjaan macam mak. Dia hina mak saya. Ini mak saya yang cerita.
“Mak sampai menangis. Shila tengking mak dan disebabkan itu mak memarahinya,” ujarnya yang turut mendakwa Shila datang ke rumah dan bertindak menendang pintu banglo serta menengking ibu mereka.
Dakwanya lagi, Fauziah hampir menampar Shila akibat pertengkaran itu namun kerana pergerakannya terbatas dia hanya dapat mencapai cermin mata dipakainya.
“Shila cakap ‘kepala otak mak lah’, lepas itu ditolak mak… Bila dia tolak mak dan mak hampir terjatuh, mak nak lempAng dia tapi tercapai cermin mata dia.
“Mak saya pecahkan cermin mata dia dan dia maki lagi ‘mak ni memang tiada otaklah’ dan bukti mengenai kejadian itu ada,” tambahnya. – ALEALE.DR