Penyanyi terkenal, Nabila Razali akhirnya meleraikan teka-teki peminat apabila mendedahkan hubungan cintanya dengan jejaka bernama Nik Iruwan Nik Izani.
Lebih mengejutkan, Nabila turut mengakui telah menerima lamaran teman lelakinya itu dan bakal mengakhiri zaman daranya tidak lama lagi.
Nabila berkongsi perkhabaran gembira itu menerusi hantaran foto berserta kapsyen yang dimuatnaiknya di media sosial semalam.
Terdahulu, heboh diperkatakan kebelakangan ini gosip mendakwa pelantun lagu Peluang Kedua itu akan berkahwin pada tanggal 13 November (semalam).
Pun begitu, menjawab gosip liar yang dihebahkan, Nabila akui dia baru sahaja menerima lamaran Iruwan, sekali gus menafikan sudah berkahwin dalam diam. – ALE-ALE