KUALA LUMPUR – Puteri Sarah enggan mencampuri urusan bekas suaminya iaitu pengarah Syamsul Yusof yang dikaitkan kini mempunyai hubungan rapat dengan seorang wanita.
Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, dia tiada kena mengena dengan kehidupan peribadi dan hanya berhubung mengenai anak-anak.
Kata Sarah, dia juga terkejut dengan khabar angin yang melanda bekas suaminya itu.
“Saya sibuk dengan kerja saya… saya tak tahu… Saya pun terkejut juga mendengarnya. Saya tak nak komen lebih-lebih… itu hal peribadi dia.
“Itu tiada kena mengena dengan saya…. yang ada kena mengena dengan saya adalah hal anak-anak. Itu sahaja!,” katanya kepada pemberita.
Sarah berkongsi perkara itu semasa ditemui selepas pementasan Pak Pandir bersama Labu Labu Ajaib yang berlangsung Istana Budaya pada petang Jumaat.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Sarah memberitahu dirinya mengetahui khabar tersebut daripada netizen.
Dia juga memaklumkan tidak mengenali wanita yang dipercayai rapat dengan pengarah tersebut.
“Saya baru tahu hari ini…. saya sibuk dengan latihan dan sudah beberapa hari saya tak update apa-apa sebab fokus dengan latihan.
“Jadi hari ini saya tengok dekat komen saya banjir… komen. Saya pun terkejut juga tak nak campur.
“Yang penting hubungan dia mengenai anak-anak berjalan seperti biasa… Yang lain semua saya tak nak tahu,” ujarnya.
Sejak Khamis, sebuah media hiburan melaporkan seorang selebriti popular bersatus suami orang sedang menjalinkan cinta dengan seorang wanita yang dikatakan ahli perniagaan.
Katanya, wanita berkenaan memiliki perusahaan permotoran selain berasal daripada keluarga berada.
Susulan khabar tersebut, rata-rata netizen menyebut nama Syamsul. – ALEALE.DR