Selepas bertarung selama tujuh minggu, perjalanan peserta All Stars Gegar Vaganza (GV10) iaitu Ezad Lazim akhirnya terkandas selepas diumumkan tersingkir sebentar tadi.
Menerusi konsert yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA, Ezad yang menyertai GV10 menerusi kategori ‘hotseat’ disingkirkan selepas mendendangkan lagu Seksa nyanyian asal Ukays.
Sementara itu, penyanyi Hady Mirza muncul sebagai peserta yang menduduki tempat teratas selepas meraih markah tertinggi daripada tiga juri tetap.
Tempat kedua pada konsert minggu ini menjadi milik Jaclyn Victor manakala Liza Hanim pula berada di tempat ketiga.
Penyingkiran Ezad sekali gus menyaksikan Naqiu, Nikki Palikat, Liza Hanim, Hady Mirza, Azharina, Jaclyn Victor dan Noryn Aziz berjaya melangkah ke minggu kelapan.
Tidak ketinggalan, Siti Nordiana, Aliff Aziz dan Tomok turut berjaya ke peringkat seterusnya.
Sebelum ini, Suki Low, Cliff Umar, Datuk Aishah, Ayai Illusi dan Zamani merupakan peserta terawal yang sudah meninggalkan GV10. – ALE-ALE
Sumber: KOSMO!