Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai gelaran penyanyi nombor satu negara yang kini di tangan Datuk Sri Siti Nurhaliza (Tok Ti) yang turut dituntut oleh peminat Aina Abdul.
Para peminat Aina yang menggelarkan diri mereka sebagai Ainations mengatakan, kini Aina yang sepatutnya diberi julukan penyanyi nombor satu, malah mendakwa Tok Ti sudah tidak relevan.
Dek tuntutan itu, ahli kelab peminat Tok Ti iaitu CT Zoner tampil menyuarakan pendapat menyatakan bahawa penyanyi pujaan mereka menyandang gelaran tersebut adalah disebabkan pencapaiannya dalam meraih anugerah.
Bukan itu sahaja, Tok Ti turut mengharumkan nama negara di persada dunia serta menjadi antara penyanyi yang masih kekal sehingga ke hari ini.
Justeru, perbandingan pencapaian Tok Ti jauh lebih tinggi berbanding Aina yang masih baharu, belum sampai sedekad pun dalam industri, namun pada masa sama tidak menafikan bahawa Aina adalah penerus legasi terbaik yang ada.
“Zaman CT dah habis, so kena terima kenyataan itu”
“Award Tokti pun 300+, ko rasa ada yang boleh lawan ke? for me tak ada. Muncullah 100 tahun pun still susah, sebab Tok Ti memang ada aura no.1”
“So tunggu jelah sampai Siti Nurhaliza bersara dan dapat gelaran pangkat BIDUANITA NEGARA baru boleh Aina Abdul, Sekarang ni memang tak lah,” memetik komen meraka.
Apa-apa pun, tidak kiralah siapa pun penyanyi nombor satu negara, paling penting para peminat jangan sesekali merendah-rendahkan penyanyi lain. – ALEALE.DR