Aktres cantik, Nadia Brian baru-baru ini memancing perhatian menerusi satu hantaran, sekali gus menerima kecaman hebat netizen.
Ini kerana, hantaran berkenaan menyaksikan Nadia begitu galak menggayakan gaun mini sendat ketika hadir ke sebuah acara keraian.
Malahan, aksi ‘berani mati’ yang dikongsikan pemilik nama sebenar Nadia Najwa Mohamed Rashidi itu didakwa seolah-olah sengaja mahu memancing perhatian
Berdasarkan tarikh, gambar terbabit dipercayai dirakamkan pada malam sambutan Krismas.
Lebih mencuri fokus netizen apabila aktres berusia 32 tahun itu melengkapkan gaya dengan padanan rambut palsu warna perang.
Keseksiannya lebih terserlah apabila gaun singkat daripada jenis leather berkilat itu seakan-akan membalut tubuh kecil moleknya, secara tidak langsung membuatkan ruangan komen dibanjir respons panas pengikutnya.
Rata-rata mempertikaian pemilihan persalinan tersebut yang dikatakan tidak seperti luahan mengenai perubahan yang ingin dilakukan sebelum ini. – ALE-ALE