
Pasangan sensasi, Syamsul Yusof bersama isterinya, Ira Kazar didakwa telah bercerai dan difahamkan, talak dijatuhkan hanya melalui WhatsApp.
Memetik artikel diterbitkan sebuah blog hiburan, isteri baharu pengarah popular berkenaan turut dihalau keluar dari rumah mereka dan dicerai kerana menghidapi ‘penyakit berbahaya’.

Ketika dihubungi untuk mengesahkan dakwaan tersebut, bekas madu Puteri Sarah itu sekadar memberi respons menerusi sekeping fotonya berserta kalimah doa yang dimuat naik di laman sosial.
Potongan ayat suci daripada surah al-Imran itu menyeru kepada sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menolong mereka dengan bantuan lima ribu malaikat.

Menyingkap mesej yang cuba disampaikan, barangkali Ira ingin menjelaskan bahawa gosip digembar-gemburkan itu cumalah khabar angin dan menyatakan, hubungan mereka suami isteri baik-baik sahaja. – ALE-ALE
2 thoughts on “Didakwa Telah Diceraikan Melalui WhatsApp, Ira Kazar Hanya Titipkan Sepotong Doa Sebagai Respons”