Pelakon dan model terkenal dari seberang, Ammar Zoni dilaporkan telah ditangkap sekali lagi berhubung dakwaan kes penyalahgunaan dadah.
Penangkapan itu sekali gus menjadikan yang ketiga buatnya Ammar atas kesalahan serupa dan penahanan tersebut disahkan polis tempatan pada 13 Disember baru-baru ini.
Sebelum ini, aktor terbabit pernah ditahan dua kali berhubung kes penyalahgunaan dadah jenis ganja pada 2017, manakala pada Mac 2023 pula dia ditangkap kerana menggunakan syabu.
BACA: Aktor Kacak Dua Kali Kantoi Dadah, Dulu Hisap Ganja, Kini Ditangkap Ketagih Syabu Pula
Sabit kesalahan, Ammar dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan dan baru sahaja dibebaskan pada 4 Oktober yang lalu.
Peguam Elza Syarief mendedahkan, anak guamnya itu mengambil dadah berdepan tekanan menghadapi masalah berat badan yang drastik.
“Dulu ganja, iya ketagihan bahan terlarang ini atau rawatan dadah ini tidak lengkap. Atau mungkin kerana persekitaran dan sebagainya sehingga boleh ketagih lagi,” katanya memetik laporan CNN Indonesia.
Sekadar info, jejaka kacukan berusia 31 tahun berkenaan memulakan karier seninya di pentas peragaan selaku model sebelum terjun ke bidang lakonan.
Berkahwin dengan Irish Bella dan dikurniakan sepasang cahaya mata, bagaimanapun rumah tangga Ammar berada di ambang keruntuhan sementelah isterinya memfailkan tuntutan cerai.
Berdasarkan pemerhatian di akaun media sosial milik Ammar, segala urusan pengendalian kini diambil alih oleh syarikat pengurusannya. – ALE-ALE