Kakak kepada pelakon Syatilla Melvin iaitu Syafiqa Melvin pada Ahad lalu telah selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Azhar Othman.
Pasangan itu diraikan dalam majlis yang cukup meriah dan kedua-dua mempelai kelihatan sangat cocok menggayakan persalinan sedondon rona serba putih.
Namun suasana di dewan tiba-tiba berubah saat kedua-dua anak Syafiqa iaitu Zayyan Sufi dan Zahara Sumayya beriringan menuju ke pelamin bagi menyerahkan barangan kemas untuk menyempurnakan upacara menyarung cincin.
Di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa sebak dan terharu menyaksikan momen tersebut, selain mendoakan agar perkahwinan Syafiqa dan Azhar diberkati sehingga ke syurga.
Sekadar info, Syafiqa pernah bernikah dengan ahli politik, Allahyarham Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada tahun 2012 sebelum suaminya itu disahkan meninggal dunia pada 2018 akibat kanser darah.- ALE-ALE