
Peneraju bisnes automotif, Royal Alloy tampil mencetus kelainan dalam produk terbaharu mereka apabila memperkenalkan keluaran terkininya, skuter Dinda.
Pengerusi Royal Alloy Malaysia, Datuk Nik Izani Nik Ibrahim berkata, kolaborasi Royal Alloy X Masdo dijangka mampu mencipta gelombang baharu dalam pengguna jentera skuter.

“Jika skuter mungkin pernah popular pada satu-satu era dan dianggap digunakan oleh segelintir golongan.
“Namun, menerusi kolaborasi Royal Alloy X Masdo ini, kami mahu cipta gelombang dengan melihat lebih banyak generasi muda menunggang skuter di atas jalan raya,” katanya penuh iltizam.

Menurut Nik Izani, penggunaan motosikal jenis skuter disifatkan hanya popular ditunggangi pada satu-satu era sahaja, bahkan digunakan oleh segelintir golongan.
Dalam perkembangan sama, Nik Izani menambah, 50 pembeli pertama skuter edisi Dinda berkenaan akan berpeluang muncul dalam video muzik terkini kugiran Masdo. – ALEALE.DR