Pengacara dan pelakon, Zoey Rahman baru-baru ini menerusi satu hantaran video mendedahkan dirinya telah berdepan insiden memalukan di depan khalayak ramai.
Menyedari pendedahannya itu menarik perhatian ramai sehinggakan timbul pelbagai spekulasi dan persepsi umum, jejaka berusia 38 tahun tersebut tampil menceritakan hal sebenar.
“Perkara ini menjadi pengajaran buat aku setelah enam tahun aku pakai braces (pendakap gigi).
“Ini kali pertama aku dimalukan. Sampai hati gigi tak beri kerjasama. Paling sedih, tak ada siapa pun beritahu,” memetik kapsyen video tular berkenaan.
Enggan mencetuskan sebarang kekeliruan, Zoey menjelaskan, sebenarnya terdapat cebisan sisa makanan terselit pada bahagian gigi, sekali gus mencacatkan foto serta video yang diambil ketika hadir ke satu acara.
View this post on Instagram
Dalam video perkongsiannya, dipaparkan momen tatkala Zoey yang juga seorang usahawan menerima pengiktirafan di majlis anugerah Shopee Super Awards 2023 bagi kategori Shopee Super Celebrities.
Bagaimanapun pemilik nama lengkap Mohd Hairey Azhar Abd Rahman itu mengakui, insiden terbabit bukan salah penganjur, sebaliknya kesilapan dirinya sendiri.
Pada masa sama, pengasas jenama Mikaseries itu berterima kasih kepada semua pihak yang memacu kejayaan syarikatnya, termasuk para peminat dalam karier seni.
Malahan dia juga berharap dengan sokongan diperolehi itu akan terus membuatkannya bersemangat untuk mengeluarkan produk-produk berkualiti serta memberi manfaat kepada semua. – ALE-ALE