
Konflik antara Israel dan Palestin sememangnya menjadi topik hangat dikongsi oleh golongan selebriti tanah air bagaimanapun berbeza pula solidariti yang dilaungkan pelakon Fathia Latiff.
Fatiya atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff, 36, menerusi satu hantaran Instagram memberitahu bakal ‘terbang’ untuk berjuang di Gaza tahun depan.

“Akan terbang ke Gaza tahun depan. Doakan saya untuk kematian syahid, Amin,” katanya ringkas dalam ruangan kapsyen sebuah hantaran Instagram.
Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi daripada netizen apabila ada yang mempersoalkan keputusan bintang drama Ariana Rose selain turut berdoa agar impiannya tercapai.

“Lepas ke nak pergi sana? Semoga dipermudahkan.
“Semoga semuanya dipermudahkan untuk Fatiya,” komen netizen.
Bagaimanapun, dia tidak berkongsi secara lanjut mengenai perancangan untuk terbang ke Gaza. – ALE-ALE
1 thought on "Fathia Latiff Luah Hasrat Akan Terbang Ke Gaza Tahun Hadapan – “Doakan Kematian Syahid Saya…”"