Sosok mantan kepada pempengaruh transgender Indonesia, Lucinta Luna iaitu Artem Boltian hangat diperbualkan warganet lantaran tular foto hampir telanjang jejaka terbabit.
Malahan, nama Artem atau lebih senang disapa Alan sudah beredar di atmosfera maya lebih awal dari itu sementelah ada dakwaan mengatakannya mula berjinak-jinak dalam bidang pornografi.
Ini kerana, Alan dilihat menerusi beberapa keping foto bersama dua bintang porno terkenal sambil menggayakan posisi jelik dan lucah seakan-akan sedang berasmara.
Bagaimanapun, sehingga kini belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Alan berhubung isu panas berkenaan.
Pada 28 Julai lalu, Lucinta mengumumkan pertunangannya bersama Alan yang diadakan di Bali, Indonesia, sebelum dia mengumumkan tentang perpisahan mereka pada 23 Oktober lepas. – ALE-ALE
Sumber: KAPAN LAGI