Semalam Pak Semberono menerima satu kiriman merupakan sebuah klip dipercayai rakaman CCTV di sebuah restoran bertarikh 9 Jun 2023.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat empat individu iaitu dua lelaki dan dua wanita terlibat dalam satu perkelahian yang menyaksikan berlakunya ‘physical contact’ antara kedua-dua jejaka terbabit.
Manakala, seorang daripada wanita yang berada di situ cuba meleraikan pergaduhan tersebut.
Pada masa sama, seorang pelakon baharu, Qara Lyana dilihat memuat naik video sama di IG Story miliknya dan kelihatan turut berada dalam klip berkenaan.
Berdasarkan pengamatan Pak Semberono, dua daripada individu terbabit mempunyai wajah mirip artis terkenal.
Namun, sehingga kini belum ada lagi sebarang kenyataan dikeluarkan oleh mana-mana pihak berhubung video tersebut. – ALEALEDR